Kami membantu anda untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama!

AWAS PENIPUAN NIKAH SINDIKET POLIGAMI

Semua pasangan mahu perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan mudah. Tidak ada siapa pun yang mahu urusan pernikahan mereka menjadi sulit dan rumit. Oleh kerana itu, segelintir pasangan, terutamanya yang mahu berpoligami, sanggup menggunakan perkhidmatan sindiket yang menawarkan prosedur pernikahan poligami cara mudah, iaitu tanpa perlu berurusan dengan pejabat agama dan tanpa perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah. Mereka menyediakan Tok Kadi dan 2 orang saksi. Kemudian mereka akan memberikan anda Sijil Nikah yang PALSU.

Untuk makluman anda, ada 4 jenis nikah sindiket poligami yang terkenal.

1. Nikah poligami di Malaysia, tanpa melalui pejabat agama dan mahkamah.

Mereka akan membawa anda bernikah di bilik hotel atau sebuah rumah. Mereka tidak peduli jika pihak wanita masih ada wali nasab. Jadi jika lokasi perkahwinan itu tidak sampai dua marhalah pun dari lokasi wali nasab berada, mereka tidak akan kisah. Mereka akan berikan anda Sijil Nikah yang kelihatan asli. Tapi bila anda periksa data perkahwinan anda di majlis agama, anda tidak akan menjumpainya.

2. Nikah Poligami di Thailand, tapi bukan di Majlis Agama yang diiktiraf oleh JAKIM.

Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM ada 5 sahaja, iaitu Songkhla, Yala, Pattani, Satun dan Narathiwat. Jika pihak sindiket membawa anda bernikah di lokasi selain dari 5 tempat yang disebutkan tadi, maka pernikahan anda tidak akan disahkan oleh pihak JAKIM di Malaysia. Dalam erti kata lain, perkahwinan anda sia-sia kerana anda akan terpaksa bernikah sekali lagi.

3. Nikah Poligami di Malaysia tapi Imam/Tok Kadi kononnya dari Thailand dan diiktiraf oleh JAKIM.

Sila beri perhatian. Kerajaan Thailand TIDAK PERNAH memberikan authority/kuasa kepada mana-mana Imam/Tok Kadi mereka untuk menikahkan pasangan di Malaysia, walaupun Imam/Tok Kadi itu sendiri turun ke Malaysia dan menikahkan anda. Semua Imam/Tok Kadi di Thailand HANYA mempunyai kuasa untuk menikahkan pasangan di Thailand sahaja.

4. Nikah Poligami di Malaysia menggunakan Imam/Tok Kadi dari Thailand secara ONLINE.

Sama seperti di atas, Kerajaan Thailand TIDAK PERNAH memberikan authority/kuasa kepada mana-mana Imam/Tok Kadi mereka untuk menikahkan pasangan di Malaysia, walaupun hanya secara Online.

Pihak sindiket akan berusaha meyakinkan anda dengan pelbagai dakwaan. Kononnya mereka ada kabel, boleh deal dengan orang dalam, orang luar tak tahu apa yang mereka tahu dan pelbagai lagi alasan. JANGAN PERCAYA. Jika tidak, anda akan menjadi sebahagian dari statistik mangsa scam nikah poligami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan