Kami membantu anda untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama!

PERMOHONAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN POLIGAMI LUAR NEGARA

Untuk mendaftarkan perkahwinan poligami anda di Malaysia, anda cuma perlu ke pejabat agama, mengisi borang yang diberikan di kaunter dan menyediakan semua dokumen berkaitan. Prosesnya adalah lebih mudah kerana jabatan agama dan mahkamah syariah tidak mempunyai pilihan selain mendaftarkan perkahwinan anda (dengan syarat semua dokumen adalah asli dan lengkap). Sedangkan jika anda memilih untuk berpoligami di Malaysia, anda tertakluk kepada kelulusan bersyarat yang lebih rumit.

Langkah-langkah mendaftarkan perkahwinan poligami luar negara di Malaysia

Part 1 - Pejabat Agama

1. Pergi ke pejabat agama di mana anda bermastautin, untuk mengambil borang permohonan pendaftaran poligami.
2. Baca betul-betul borang berkenaan dan beri perhatian apakah dokumen yang diminta.
3. Sediakan kesemua dokumen yang diperlukan.
4. Isi borang.
5. Kira berapa salinan dokumen yang perlu dibuat.
6. Setelah semuanya lengkap, kumpul dan susun afidavit mengikut turutan.
7. Akhir sekali, tick kotak checklist untuk pastikan tiada dokumen yang tertinggal.

Part 2 - Mahkamah Tinggi Syariah

Pejabat agama akan mengeluarkan satu surat kepada mahkamah untuk memohon pendaftaran pernikahan poligami luar negara bagi pihak anda. Anda harus bawa surat ini berserta kesemua dokumen yang telah disediakan sebelum ini, ke kaunter mahkamah. Anda mungkin perlu datang lebih dari sekali untuk mendapatkan tarikh bicara (naik mahkamah). Sebelum naik ke mahkamah inilah anda harus memastikan kesemua dokumen cukup dan lengkap. Salah satu bahagian yang penting, ialah cara anda menyusun afidavit. Ia mesti disusun mengikut turutan yang betul, seperti yang diminta oleh pejabat agama. Ini akan memudahkan hakim memeriksa kesemua dokumen anda dengan mudah.

Apabila naik mahkamah, hakim akan memberikan keputusan sama ada permohonan anda diluluskan atau tidak. Jika dokumen anda asli dan lengkap, permohonan anda akan diluluskan. Mahkamah akan mengeluarkan satu surat perintah daftar poligami kepada pejabat agama untuk pejabat agama keluarkan Sijil Nikah anda.

Walau bagaimanapun, jika dokumen anda tidak asli atau tidak lengkap, berkemungkinan besar permohonan anda akan ditolak, perkahwinan difaraqkan dan anda mungkin akan terpaksa bernikah semula di Malaysia.

Part 3 - Mahkamah Rendah

Setelah selesai urusan di pejabat agama dan mahkamah syariah, kini anda perlu pula ke Mahkamah Rendah untuk dibicarakan di hadapan hakim. Memandangkan berkahwin di luar negara adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Malaysia, anda mungkin akan didakwa atas beberapa kesalahan seperti berkahwin di luar negara tanpa kebenaran, berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat berpoligami tanpa kebenaran (bagi wanita). Anda harus mengaku salah dan kemudian anda akan dikenakan denda.

Jumlah denda adalah bergantung kepada budi bicara hakim dan negeri terbabit. Contohnya di Johor, selain suami dan isteri, saksi juga mungkin akan dikenakan denda kerana dikira bersubahat. Oleh itu, sebelum tarikh perbicaraan di mahkamah, anda mesti sediakan sejumlah wang yang mencukupi untuk menampung denda yang dikenakan, iaitu maksimum RM1,000 bagi setiap satu kesalahan. Katakanlah suami ada 3 kesalahan, isteri 2 kesalahan dan saksi 1 kesalahan (2 orang saksi). Maka jumlah keseluruhan denda ialah RM7,000. Anda HARUS menyediakan wang ini sebelum anda berada di dalam mahkamah.

Setelah mengetahui berapakah denda yang dikenakan, anda boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah. Mungkin anda boleh beri alasan bahawa wang gaji anda tidak cukup untuk menampung bayaran denda dan kedua-dua isteri pula tidak bekerja, anak-anak pula ramai yang bersekolah. Biasanya hakim akan membuat pengurangan setelah anda membuat rayuan pada waktu itu juga. Denda ini hendaklah dibayar di kaunter mahkamah rendah setelah keluar dari kamar perbicaraan. Tiada masalah akan berlaku sekiranya anda mempunyai wang yang cukup untuk membayar denda. Masalah hanya akan berlaku jika anda tidak mempunyai wang yang cukup. Jika anda tidak dapat menjelaskan wang denda pada hari itu juga, anda akan dijatuhkan hukuman PENJARA, maksimum 6 bulan.

Oleh itu adalah SANGAT PENTING untuk menyediakan wang denda SEBELUM tarikh perbicaraan, kerana anda TIDAK akan boleh keluar dari perkarangan mahkamah selagi denda belum dijelaskan. Sebaiknya sediakanlah jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan supaya anda tidak perlu masuk penjara. Duit denda yang disimpan biar lebih, asalkan jangan kurang. Perbicaraan di mahkamah rendah adalah langkah terakhir dalam proses permohonan pendaftaran nikah poligami luar negara di Malaysia. Setelah semuanya selesai, anda bolehlah menarik nafas lega. Kad nikah boleh dimohon setelah sijil nikah dikeluarkan. Keseluruhan proses dari A-Z biasanya mengambil masa selama setahun atau setahun lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan