Kami membantu anda untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama!

PROGRAM 'JOM DAFTAR NIKAH'

Program pemutihan ini telah dilangsungkan sekitar tahun 2017 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bertujuan membantu pasangan yang berkahwin di luar negara, tetapi belum mendaftarkan pernikahan dalam tempoh tiga bulan selepas kembali ke Malaysia. Menerusi program ini, kes akan diuruskan segera dalam tempoh 120 hari bekerja dan jika pernikahan tidak sah berdasarkan perintah mahkamah, pasangan akan dibantu untuk bernikah semula.

Program itu juga adalah bagi menjaga nasab keturunan umat Islam khususnya di Selangor dan Malaysia, serta secara langsung dapat mengurangkan statistik pendaftaran anak tak sah taraf di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana statistik berkenaan adalah termasuk anak pasangan yang berkahwin tanpa kebenaran. Selain itu, ia mengurangkan risiko masalah pendaftaran kelahiran anak, tuntutan berkaitan kes penceraian termasuk perkahwinan baru selepas iddah, serta pendaftaran persekolahan anak.

Pengarah JAIS
Dato’ Haris Kasim

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Dalam kempen ‘Jom Daftar Nikah’ anjuran JAIS, pendakwaan ke atas suami isteri akan diminimakan, yang mana pihak penguatkuasa JAIS akan mengambil satu sahaja kesalahan utama untuk didakwa di mahkamah. Sebagai contoh, jika seseorang itu berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan nikah di Selatan Thailand, kemudian mengemukakan permohonan pendaftaran nikah melebihi tempoh 6 bulan, maka JAIS akan mendakwa satu kesalahan sahaja iaitu berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Selain Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga ada melancarkan program seumpamanya. Sekiranya anda mahu mendaftarkan pernikahan poligami anda menerusi program 'JOM DAFTAR NIKAH' ini, cubalah bertanya di pejabat agama tempat anda bermastautin. Biasanya program ini dijalankan sekitar setiap pertengahan tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan