Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan, sepertimana firman Allah dalam Surah An Nisa ayat 3, iaitu:
"Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim."
Walau bagaimanapun, hukum poligami boleh menjadi sunat, makruh atau bahkan haram, berdasarkan keadaan individu yang ingin berpoligami.
SUNAT
Apabila isteri sakit sehingga beliau tidak mampu menjaga makan minum dan pakai suaminya. Atau, mungkin si isteri mandul dan tidak mampu memberikan anak, sedangkan suami pula sangat mampu dari segi zahir dan batin, untuk menikahi wanita lain. Dalam situasi-situasi seperti ini, suami yang mampu dari segala segi, boleh berpoligami dan hukum pada ketika ini adalah sunat.
MAKRUH
Hukum poligami boleh menjadi makruh sekiranya poligami itu dilakukan bukan kerana keperluan, tetapi semata-mata untuk keseronokan. Dia melihat lelaki lain berpoligami, maka dia pun mahu berpoligami, tanpa menyedari kemampuan diri. Berpoligami semata-mata kerana nafsu, tidak akan membawa manfaat kepada siapa pun.
HARAM
Sekiranya seseorang suami tidak mempunyai kemampuan ekonomi yang mencukupi untuk menanggung lebih dari satu keluarga, atau suami lebih cenderung mendengar cakap isteri sedia ada (isteri pertama), atau suami tiada keupayaan dari segi nafkah batin, maka pada saat itu, adalah haram sekiranya suami memilih untuk berpoligami, kerana ia bukan saja akan menganiaya isteri kedua, tapi dia juga akan menzalimi isteri pertama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan