Syarat paling utama untuk mengamalkan poligami, ialah kemampuan suami untuk berlaku ADIL. Adil, bukanlah bermaksud membahagikan sesuatu secara sama rata, tetapi ia bermaksud 'meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang wajar'. Dan adil ini adalah merangkumi kesemua aspek rumahtangga, termasuklah keadilan dari segi giliran (bermalam), keadilan dari segi nafkah zahir, mahupun keadilan dari segi nafkah batin. Sekiranya pincang salah satu, maka seseorang suami tidak layak untuk berpoligami.
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
(Surah An-Nisaa’: Ayat 3)
Jika seseorang suami ingin berpoligami sedangkan dia merasa yakin bahawa dia tidak akan mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya (mungkin kerana kemiskinan, kerana sesuatu kelemahan atau kekurangan), maka ketahuilah, hukum poligami pada ketika itu ialah haram, kerana ia akan memberi kemudaratan bukan saja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada orang lain.
“Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kemampuan suami untuk bersikap adil, ialah sumbangan paling UTAMA dalam memastikan rumahtangga poligami yang dibina bersama isteri-isteri, kekal harmoni. Suami haruslah tegas sebagai Ketua Keluarga dan mempunyai pendiriannya sendiri tanpa boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Suami tidak boleh pilih kasih dan tidak boleh melebihkan mana-mana isteri. Segelintir suami yang berpoligami mempunyai fikiran bahawa isteri pertama wajib dilebihkan atas alasan 'beliau sudah lama hidup bersama suami, sudah merasa susah senang bersama-sama'. Tahukah anda, INI ADALAH MENTALITI YANG SALAH!
Dalam Islam, kedudukan setiap isteri, adalah SAMA SAHAJA. Tiada dalam ajaran Islam bahawa taraf isteri pertama adalah lebih tinggi dari isteri kedua. Kepercayaan bahawa isteri pertama kononnya patut dapat lebih dari segala segi, adalah kepercayaan yang bukan saja salah, tapi KARUT! Bukankah Allah sudah nyatakan dalam Surah An Nisa ayat 3 di atas, bahawa suami harus berlaku adil terhadap kesemua isteri-isterinya? Jika suami mahu melebihkan isteri pertama, sehingga mengabaikan hak giliran dan nafkah buat isteri kedua (atau isteri-isteri lain), untuk apa suami berpoligami?
Kalau begitu lebih baik kekalkan saja perkahwinan monogami anda, jangan sesekali anda berpoligami kerana anda hanya akan menyakiti hati orang lain. Kemudaratan yang anda lakukan, bukan saja kepada isteri kedua, tapi juga kepada anak-anak isteri kedua (termasuk anak-anak anda sendiri), adik beradik isteri kedua, ibu bapa isteri kedua dan sanak saudara isteri kedua. Mereka semua juga memiliki perasaan yang harus dijaga. Bukannya suami hanya menjaga perasaan isteri pertama, anak-anak, orang tua isteri pertama, adik beradik beliau dan sanak saudara beliau saja.
Sikap suami yang terlalu melebihkan isteri pertama inilah yang menyebabkan banyak rumahtangga poligami menjadi tidak harmoni. Isteri kedua memendam perasaan, sehingga menyebabkan tiada kegembiraan. Itu belum lagi suami yang tidak pernah bersahur atau berbuka puasa dengan isteri kedua. Dan belum cerita lagi suami yang tidak pernah menyambut hari raya bersama isteri kedua kerana isteri pertama tidak membenarkan. Suami pula hanya mampu menurut saja perintah, bagai lembu dicucuk hidung. Di manakah peranan suami sebagai ketua keluarga sekiranya suami membiarkan isteri pertama mengawal segala keputusannya? Dan tahukah anda, perbuatan suami yang seperti ini sebenarnya hanya mengundang dosa kepada diri sendiri?
“Barang siapa yang memiliki dua orang isteri lalu dia lebih cenderung kepada salah seorang di antara keduanya, maka dia akan datang pada hari kiamat kelak dengan sebelah tubuhnya miring.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam An-Nasa’I dan Imam Ibnu Majah.
Sebenarnya bukan hanya keadilan suami saja yang ditekankan dalam poligami, tapi kematangan seseorang suami itu juga sangatlah penting. Suami tidak boleh membuka rahsia rumahtangganya bersama isteri pertama, kepada isteri kedua. Begitu juga, suami tidak boleh membuka rahsia rumahtangganya bersama isteri kedua, kepada isteri pertama. Aib rumahtangga tidak boleh diceritakan kepada mana-mana isteri. Apabila suami masuk ke dalam rumah isteri pertama, segala apa yang terjadi di dalam rumah itu, tidak boleh dibawa bersama apabila beliau masuk ke rumah isteri kedua dan begitulah sebaliknya.
Suami juga tidak boleh mengadu tentang aib atau kekurangan mana-mana isteri, kepada isteri yang lain, kerana ini akan menimbulkan fitnah dan boleh dijadikan senjata oleh isteri yang menyimpan dendam. Suami hendaklah duduk di tengah-tengah. Mana-mana isteri yang mengadu kepada suami tentang isteri yang lain, simpanlah untuk diri suami sendiri saja, jangan pula disampaikan kepada isteri yang diadukan. Ia boleh menyebabkan timbulnya pergaduhan dan akhirnya akan membawa kepada perpecahan yang mungkin tidak akan mampu suami selesaikan. Isteri boleh luahkan ketidakpuasan hati kepada suami. Tetapi suami TIDAK BOLEH memanjangkan cerita itu kepada isteri yang lain.
Ulama ada berkata, sesungguhnya poligami itu adalah berat, kecuali bagi para suami yang mendirikan poligami atas dasar AGAMA (Islam). Kerana suami yang memegang agama dalam hatinya, adalah suami yang takut kepada Allah. Oleh itu, mereka tidak akan berani membuli, menganiaya atau menzalimi mana-mana isteri. Jika anda berkata bahawa anda mahu berpoligami kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w, maka pastikanlah yang anda ikut bukan saja jalan poligaminya, tapi juga sikap Rasulullah dalam menyantuni para isteri baginda. Jadilah suami yang mampu dibanggakan oleh kesemua isteri anda. Dan bukannya menjadi suami yang hanya membawa malang dan derita!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan