Untuk makluman anda, kami menyediakan 3 jenis servis.
1. Membantu pasangan menikah poligami di Majlis Agama Islam Negeri (bagi yang baru mahu berpoligami).
Sekiranya anda baru mahu bernikah poligami di Malaysia, kami boleh membantu anda dan pasangan anda, untuk melangsungkan pernikahan poligami tersebut. Anda boleh memilih sama ada untuk bernikah di Masjid, atau di Pejabat Majlis Agama Islam berkenaan.
Apa yang perlu anda lakukan, ialah menyediakan kesemua dokumen yang berkaitan. Selebihnya, pihak kami akan uruskan.
Apa kelebihannya jika anda pilih kami untuk uruskan?
1. Proses yang tidak lama.
2. Tak perlu turun naik pejabat agama dan mahkamah.
3. Boleh dapat Sijil Nikah dalam tempoh sekitar seminggu hingga sebulan.
4. Dan yang paling PENTING, ISTERI PERTAMA TIDAK AKAN TAHU DAN TIDAK AKAN DIPANGGIL UNTUK DATANG KE MAHKAMAH.
Ya, anda boleh sahaja memohon sendiri di Mahkamah Tinggi. Tetapi adakah anda sanggup mengisi berbelas muka surat borang, turun naik pejabat agama dan mahkamah, berkali-kali? Itu belum masuk lagi jika Hakim tidak dapat hadir di Mahkamah. Maka itu bererti perbicaraan anda akan ditangguhkan lagi ke suatu tarikh yang belum pasti.
Dan yang paling meresahkan, pastinya apabila isteri pertama tahu bahawa anda mahu berpoligami. Bagaimana jika isteri pertama mengamuk di Mahkamah sewaktu perbicaraan dan tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut? Apa yang akan anda lakukan? Sekarang anda ada pilihan untuk berpoligami, tanpa campurtangan isteri pertama. Tak perlu serabut, tak perlu pening. Kalau isteri pertama marah sekalipun, paling tidak, perkahwinan kedua anda sudah selamat di sisi Syarak.
2. Membantu pasangan membuat pengesahan dan mendaftarkan pernikahan poligami (bagi yang telah berpoligami di luar Malaysia, seperti Thailand dan mahu mendaftarkan perkahwinan poligami itu di Malaysia).
Kami menawarkan servis membantu anda membuat permohonan pengesahan dan pendaftaran pernikahan poligami di Malaysia, bagi pasangan suami isteri yang telah bernikah di Thailand atau negara lain. Apabila anda bernikah di sempadan, anda harus mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia. Jika anda tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut, maka pihak kerajaan Malaysia TIDAK AKAN MENGIKTIRAF pernikahan berkenaan. Anda dan pasangan akan dianggap tidak pernah bernikah di Malaysia kerana rekod perkahwinan anda tiada dalam simpanan data mana-mana pejabat agama di Malaysia. Ini akan membawa banyak kemudaratan kepada anda dan pasangan.
Katalah anda dan pasangan pergi bercuti dan bermalam di hotel. Kemudian bilik anda diserbu oleh pegawai pencegah maksiat. Walaupun anda menunjukkan Sijil Nikah Thailand, anda dan pasangan TETAP AKAN DITAHAN dan akan dibawa ke pejabat agama berkenaan untuk DISOAL SIASAT. Ini adalah kerana Sijil Nikah Thailand tidak akan laku semasa proses serbuan dilakukan. Selepas anda dan pasangan dibawa ke pejabat agama, anda akan diberikan pula tarikh soal siasat, di mana anda dan pasangan akan disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat pihak pejabat agama.
Semua ini akan banyak memakan masa, wang dan tenaga. Ini belum masuk lagi maruah anda dan pasangan yang tercalar ketika dibawa masuk ke dalam van pejabat agama. Bayangkan berapa banyak mata yang memandang dan menyangka bahawa anda dan pasangan telah ditangkap kerana melakukan maksiat? Sedangkan hakikatnya anda dan pasangan adalah suami isteri yang sah! Bayangkan pula jika anda dan pasangan ditangkap di rumah sendiri kerana ada yang membuat laporan. Tidakkah anda akan merasa malu dengan jiran-jiran sekeliling? Lebih-lebih lagi jika jiran-jiran anda berbangsa Melayu. Peristiwa itu pasti akan mengundang fitnah kepada diri anda dan pasangan.
Kemudaratan tidak setakat itu saja. Bayangkan jika anda dan pasangan bercerai sebelum sempat pendaftaran poligami dilakukan. Tiada masalah jika anda seorang lelaki. Tetapi bagaimana jika anda seorang wanita? Dan mengandung pula? Tahukah anda? Apabila anak anda lahir, dia akan dianggap sebagai ANAK TAK SAH TARAF (ATST) kerana ibu bapanya tiada Sijil Nikah Malaysia yang SAH. Seperti yang saya katakan tadi, Sijil Nikah Thailand tidak laku untuk digunakan di dalam negara ini. Bukan itu saja, nama bapa juga tidak boleh diBIN atau BINTIKAN kepada si anak. Dalam erti kata lain, anak TIDAK BOLEH menggunakan nama bapa. Anak terpaksa menggunakan salah satu dari 99 nama Allah.
Apabila anak ini sudah besar kelak, dia juga akan menghadapi masalah untuk bersekolah, kerana peraturan dan undang-undang Malaysia mewajibkan setiap ibu bapa menyerahkan Sijil Nikah Malaysia dalam permohonan persekolahan anak. Jika sijil tersebut tiada, anak akan dianggap sebagai BUKAN WARGANEGARA dan akan terpaksa membayar semua kos persekolahan yang sepatutnya percuma. Bagaimana pula dengan maruah anak sekiranya kawan-kawan sekolah bertanya, kenapa anak tidak dibinkan kepada nama ayahnya, sebaliknya menggunakan nama Allah? Apa yang harus anak anda jawab?
Dari pihak isteri pula, isteri langsung tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang tuntutan nafkah dari bekas suami. Tidak kiralah sama ada nafkah anak, atau nafkah diri sendiri. Ini adalah kerana tidak ada bukti bahawa wanita ini adalah bekas isteri kepada lelaki berkenaan. Sijil Nikah Thailand tidak boleh digunakan untuk menuntut hak kerana ia tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (melainkan setelah diluluskan oleh pihak mahkamah). Jadi, sekarang, anda sudah faham bukan kenapa anda perlu mendaftarkan permohonan pernikahan poligami anda di Malaysia?
Di sinilah peranan kami DIPERLUKAN. Kami akan bantu anda untuk daftarkan permohonan pengesahan pernikahan poligami anda, di negara ini. Apa yang perlu anda lakukan, ialah memberikan kepada kami kesemua dokumen yang relevan. Kami akan pastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap. Kemudian, kami akan uruskan dengan pihak pejabat agama. Itu sahaja. Mudah, bukan?
Apa yang menarik dengan servis ini ialah, ISTERI PERTAMA TIDAK AKAN TAHU TENTANG PERKAHWINAN KEDUA ANDA INI KERANA BELIAU TIDAK AKAN DIPANGGIL OLEH PIHAK PEJABAT AGAMA ATAU MAHKAMAH..

3. Membantu pasangan yang sudah mendaftarkan permohonan pengesahan poligami, tetapi tiada kemajuan kerana kes tergendala atau tertangguh di peringkat pejabat agama atau Mahkamah.
Untuk kes seperti ini, permohonan lama akan dibatalkan dan permohonan baru akan dibuka. Semua prosedur akan mengikut permohonan baru. Itu bermaksud, pasangan tidak perlu naik ke mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan