1. Pertama sekali, jika anda bersetuju untuk mengambil servis kami, anda perlu memberikan nama penuh anda dan pasangan, untuk kami semak di dalam sistem pejabat agama.
2. Sekiranya nama anda dan pasangan TIADA dalam sistem, itu bererti anda tak perlu naik mahkamah. Jika nama anda dan pasangan ADA dalam sistem, itu bererti anda dan pasangan perlu naik mahkamah sebanyak 1 kali saja (Mahkamah Tinggi). Untuk langkah seterusnya, kami akan meminta kesemua salinan dokumen yang relevan. Kami akan semak terlebih dahulu sama ada dokumen berkenaan boleh digunapakai atau tidak.
3. Sekiranya dokumen tiada masalah, maka barulah kami akan meminta anda untuk menghantar kesemua dokumen yang asli.
4. Semasa proses penyerahan dokumen, anda perlu membuat pembayaran awal sebanyak RM2,000. Ini ialah sebagai tanda komitmen di pihak anda. Wang ini TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda mahu membatalkan servis kami. Sebarang permintaan untuk Refund, TIDAK AKAN DILAYAN.
5. Baki pembayaran perlu dijelaskan secara TUNAI atau Online Transfer, apabila anda dipanggil untuk datang ke pejabat agama negeri.
6. Apabila semua urusan telah selesai, anda akan mendapat Sijil Nikah dan Kad Nikah, dalam anggaran sekitar seminggu sehingga sebulan.
PROSEDUR DALAM MEMOHON SERVIS KAMI BAGI YANG SUDAH BERPOLIGAMI DAN MAHU MEMBUAT PENGESAHAN PENDAFTARAN DI MALAYSIA
1. Berikan nama lengkap anda dan pasangan.
2. Berikan salinan kesemua dokumen yang relevan, sewaktu anda dan pasangan menikah di luar negara. Ini termasuklah Salinan Sijil Nikah (termasuk Sijil Nikah Rumi dan Jawi), Salinan Surat Konsulat, sebarang bukti bergambar, salinan kad pengenalan suami isteri depan belakang, salinan Pasport dan sebarang dokumen lain yang relevan, jika ada.
3. Pihak kami akan memeriksa terlebih dahulu kesemua dokumen. Sekiranya tiada masalah, barulah kami akan minta anda untuk berikan dokumen asli.
4. Semasa proses penyerahan dokumen asli, anda perlu membuat pembayaran awal sebanyak RM2,000. Ini ialah sebagai tanda komitmen di pihak anda. Wang ini TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda mahu membatalkan servis kami. Sebarang permintaan untuk Refund, TIDAK AKAN DILAYAN.
5. Baki pembayaran perlu dijelaskan secara TUNAI atau Online Transfer, apabila anda dipanggil untuk datang ke pejabat agama negeri.
6. Apabila semua urusan telah selesai, anda akan mendapat Sijil Nikah dalam anggaran sekitar seminggu sehingga sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan