Kami membantu anda untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama!

PERNIKAHAN YANG DIIKTIRAF DI THAILAND

Apabila menyebut nikah sempadan, umum mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan nikah sempadan ialah pernikahan yang biasanya dilakukan di negara Thailand. Ramai pasangan Malaysia memilih untuk bernikah secara rahsia di sini. Namun ramai juga yang masih tidak mengetahui bahawa hanya ada 5 Majlis Agama Islam di Thailand yang diiktiraf oleh JAKIM, iaitu:

1. Majlis Agama Islam Songkhla
2. Majlis Agama Islam Satun
3. Majlis Agama Islam Pattani
4. Majlis Agama Islam Yala
5. Majlis Agama Islam Narathiwat

Lokasi pernikahan di Thailand selain ini, bagi umat Islam Malaysia adalah TIDAK SAH dan tidak akan diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk makluman anda, lokasi paling ideal untuk melakukan pernikahan, ialah di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS). Ini adalah kerana Majlis Agama Islam Songkhla terletak tidak begitu jauh dari Konsulat Malaysia, hanya sekitar 30 minit saja jika menaiki kereta. Setelah selesai urusan pernikahan, anda harus ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan dokumen dan cop pengesahan (sebagai bukti bahawa anda dan pasangan memang ada bernikah di majlis agama Thailand).

Oleh itu jika anda bernikah di MAIS, anda akan sempat ke Konsulat Malaysia untuk menguruskan pengesahan dokumen kerana Konsulat Malaysia akan ditutup untuk urusan pendaftaran pada pukul 12.00 tengahari, setiap hari bekerja. Pengambilan dokumen hanya boleh dilakukan keesokan harinya, iaitu dari pukul 1.00 hingga 5.00 petang. Jika anda bernikah di MAIS dan bermalam di sekitar Songkhla, segala urusan boleh diselesaikan dalam tempoh 2 hari bekerja saja.

Tak kiralah sama ada anda menggunakan khidmat agen nikah atau anda menguruskannya sendiri, sebelum pulang ke Malaysia, pastikan anda membawa bersama 8 dokumen di bawah. Tanpa 8 dokumen ini, berkemungkinan besar pendaftaran pernikahan poligami anda di Malaysia nanti akan bermasalah.

1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
3. Surat Pengesahan Majlis (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
4. Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
5. Salinan Kad Pengenalan Suami dan Isteri (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
6. Salinan Borang Akuan Nikah Suami dan Isteri (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
7. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan oleh Konsulat Malaysia)
8. Resit Rasmi Bayaran yang dikeluarkan oleh Konsulat Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan